Wednesday, June 16, 2010

not possible~

hey bloggers...n people out there...mane yg tatau lagi kn...i juz dpt dis advrt frm my frenz..SubhanAllah...

NASA TEMUI TANDA-TANDA TERBIT MATAHARI DARI BARAT!

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh
sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA
kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang
bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit
dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai
"retrograde motion".

Kebanyakan
saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena
yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku,
maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari
kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.Pihak
NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat
semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang
mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil
sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan
sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan
tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun
sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



__Nauzubilahiminazlikh__

ok da~